Sambutan Israk dan Mikraj
8 April 2019 | Aktiviti TerkiniIsrak ialah perjalanan nabi Muhammad s.a.w.dari Masjidil Haram ke Masjid Aqsa di Plestin. Manakala Mikraj pula perjalanan Rasulullah s.a.w. dari Masjidil Aqsa naik ke langit. Peristiwa ini berlaku pada 27 Rejab. Menyedari hakikat inilah , maka program ini dilaksanakan agar dapat menyingkap rahsia kebesaran malam tersebut. Oleh itu ia memberi peluang untuk meningkatkan ketakwaan dan keimanan kepada Allah Taala.
Pada 07 April 2019 telah diadakan majlis sambutan malam Israk dan Mikraj di Pusat Internet Kg Lawang,Tanah Merah Kelantan. Sambutan ini dihadiri oleh penduduk sekitar Lawang dan dijayakan oleh Ahli Jawatankuasa KRT Kampung Lawang dengan kerjasama Staff Pusat Internet Lawang.
Tujuan majlis sambutan ini diadakan adalah untuk menggalakkan komuniti menghayati alam ciptaan Allah Taala serta menggalakkan menghayati perjalanan Rasulullah yang berlaku dalam satu malam yang penuh dengan sejarah. Selain itu, mensyukuri kebesaran dan keagungan serta kemuliaan bulan rejab. Tambahan lagi, majlis ini dirancang untuk mengingati peristiwa Israk dan Mikraj supaya komuniti setempat dapat mengingati serta mengambil pengajaran daripada peristiwa sirah Rasulullah s.a.w. yang berkaitan dengan peristiwa Israk Mikraj dan mengamalkan dalam kehidupan seharian. Mengetahui dan menghayati peristiwa di sebalik ibadat penting bagi umat Islam (solat).
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: